<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Dec 11, 2006
mati

Peringatan Untuk kita yang selalu lalai.
 
Kematian adalah pasti. Berani mati pun mati. Takut mati pun mati juge...            Soalnya... ..
kita ini mati macam mane. Mati Celaka ke, atau mati Bahagia?

Semua orang mati. Engkau akan mati, Aku pun akan mati juge. Dia akan mati, mereka pun akan mati juge... Orang jahat akan mati,orang baik pun mati juga. India pun akan mati, Cina pun akan mati, Melayu pun mati juga... Kaya pun akan mati, miskin pun akan mati, papa kedana, bangsat, semua akan mati. Soalnye... ..kita ni mati macam mane.Mati Celaka ke, Mati Bahagia?

Mat Rempit pun mati, Mat skima pun mati juge... Yang buat dosa pun mati, Yang tak buat dosa pun mati juga. 
Abu Lahab mati terbunuh di medan Perang Badar, masuk neraka beb... .Saiyidina Uthman mati dibunuh ketika baca Qur'an, masuk Syurga Beb... .KITA? Mati besok, masuk syurga ke neraka?

Kematian adalah pasti, Berani mati pun mati, takut mati pun mati juge... ..Soalnya kita ini mati macam mane. Mati Celaka ke, Mati Bahagia?

Kata mereka, Hidup atas hanya sekali, kita enjoy. Muda hanya sekali kita enjoy!! Kata agama, Mati pun sekali aje... Kalau dah mati, tak bangkit2 lagi atas dunia yang fana' ni. Bangkit2 besok dah nak kena hisab amalan!!DAH TAK BOLEH ENJOY LAGI... .jADI, NAK MAti DaLam EnJoy SakaN ke, Nak Mati dalaM BerimaN? 

Nak mATI dAlAM BERiMAN? kENALah BeRseDiA BEB... .

kATA nABI YANG MAKSUDNYA;

"oRANG YANg CErDik ialah orang Yang BeRkiRa2 DgN DIrinya dan BeRaMAL BaGi aPa yang (datang) SeLepAs keMATIaN. DaN orang yang BoDoh ialah orang yANG dirinya mENgIkUT nAfsunyA dan BerAngan2 (Nak Bertemu) Allah."

Rupa2nya ramai yang BODOH daripada mukabumi ni yek?

Ketahuilah bahawa Ingat MATI itu ada 3 Kemuliaan/Tanda:

1)Segera Bertaubat daripada dosa
2)Bersifat Qanaah dengan apa yang ada pada dirinya
3)Rajin mengerjakan iBadah

Manakala orang yang Lupakan Mati/tak mahu ingat Mati, ada 3 tanda/keburukan:

1)Lupa Bertaubat
2)Tidak redha dan tidak merasa cukup dengan apa yang ada pada dirinya.
3)Segan mengerjakan Ibadah

Firman Allah yang bermaksud,
" Setiap yang bernyawa pasti merasa keMATIan."

Ketahuilah bahawa KeMATIan itu merupakan Makhluk ALLAH serupa kita juga. Tapi diciptakan kematian itu untuk menjadi Ujian buat Manusia dan Jin, makhluk yang ditaklifkan dengan perintah2 agama. Firman Allah yang bermaksud, 

"Dialah yakni ALLAH yang mencipta Kematian dan Kehidupan untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang Terlebih baik amalan."

Kata As Suddi, seorang Ulama' Tafsir, maksud "Yang terlebih baik amalan " ialah orang yang banyak mengingati MATI

Janganlah kita jadi sebagaimana yang digambarkan oleh Nabi junjungan sallallahu alaihi wasallam bahawa Umat Akhir zaman ini diserang oleh 2 jenis penyakit yang menyebabkan mereka lemah, iaitu 'Cintakan Dunia(kebendaan) , dan Bencikan MATI
.'

Marilah kita sama2 sentiasa mengingati MATI agar HATI kita tidak MATI.

Posted at 09:44 am by vitagen
Make a comment  

Dec 7, 2006
Setahun kemudian

Khamis 07122066

setelah genap setahun, aku mengupdatekan blog aku....tapi apa ye aku nak tulis ...ntahler...tak lama lg kontrak aku nak tamat....waaaa...mana aku nak cari keje ni....waaaaaaaaaaaaaa...aku tak nak tanam anggur.........

masa ni aku tgh layan lagu acha...


"sampai menutup mata"

embun di pagi buta
menebarkan bau asa
detik demi detik ku hitung
inikah saat ku pergi

oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan ku sakiti dia
hukum aku bila terjadi

reff:
aku tak mudah mencintai
aku tak mudah mengaku ku cinta
aku tak mudah mengatakan
aku jatuh cinta

senandungku hanya untuk cinta
tirakatku hanya untuk engkau
tiada dusta sumpah ku cinta
sampai ku menutup mata
cintaku sampai ku menutup mata

oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan ku sakiti dia
hukum aku bila terjadi

repeat reff



lagu ini mengingatkan aku pada seseorang...wpun dia telah berkahwin dan mempunyai cahayamata...aku akan tetap mengingatinya...........

Posted at 06:04 am by vitagen
Comments (1)  

Dec 7, 2005
update

07122005 - rabu

assalamualaikum...

lama gilers aku tak update blog ni...kesian...kesepian blog aku....aku pun dh tukar tmpt kerja skrg ni...baru 3 bln kat sini....ntah berapa lama aku  akan berada kat sini...

Posted at 03:28 pm by vitagen
Make a comment  

Jun 8, 2005
cerita yg bermula dari huruf k dan c

aku copy dari kg chat



Cerita yg bermula dengan huruf K

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam,"Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam... kenapa?" Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau kuku ku kelurut, kita kena ketiplah!"

Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan,"Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?"

Ketam ketawa, Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih..Kuh..kuh..kuh..kuh!!Kodok..Kodok..kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"

Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"

Ketam kilas, "Kelakar."

"Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok.
Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat."kelekuk !", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok. Ketam
kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan."Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.


Cerita yg bermula dengan huruf C:


Copot cahabat ciput Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau. cahaye cerah cube culik copot. Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot. copot cangat cuak came. ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came copot. ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu... cenyap... cenyap copot... ". copot cambung cakap, "copot cudah cenyap... ciput cenyap camelah... ". celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot. ciput came copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow. copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot... ". ciput cenyum cambil chow came copot... Caja cuka cuka.

Posted at 11:48 am by vitagen
Make a comment  

May 26, 2005
hmmmmmmmmmmmm


aku penah mengalaminye...dan dia dah pun nak mendirikan rumahtangga pada hari ahad ni.....

PUPUS


Aku tak mengerti ... apa yang sedang kurasa
Rindu yang tak pernah ... begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang ku tahu
Meski kau tak akan pernah tahu

Aku persembahkan hidupku untukmu
Telah ... kurelakan hatiku padamu
Namun kau masih bisu diam seribu bahasa

Dan hati kecilku bicara
Baru kusadari cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku ...
Semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku
Semoga akan datang keajaiban hingga akhirnya
kaupun mau
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu
Meski kau tak akan pernah tahu

Posted at 01:03 pm by vitagen
Comments (1)  

Feb 25, 2005
.: awan yang terpilu :.

                       

Kerana cinta
aku kembara
bagai camar
melintas laut
mencari pohon
untuk berteduh

kerana cinta
aku kembara
ikut lagu
bisikan hati
mendamba kasih
paling setia

sepasang sayap
tak terlihat
umpama mimpi
yang tersimpan
jadi rintik
rintik hujan
menciptakan
awan yang terpilu

puisi ini
tercipta lantas
tak kesampaian
hajat meronakan
gelora rindu
ku kepadamu

ingin sekali
aku ungkapi
isyarat jiwa
dengan sempurna
biar kau mengerti
biar kau sedari
keadaanku
yang memujamu


awan yang terpilu oleh ning baizura
lagu: Lin Li Zhen (Warner Chappell Music Malaysia)
lirik: Loloq (Luncai Emas)
penerbit dan gubahan: Aubrey Suwito


                  

Posted at 10:00 am by vitagen
Make a comment  

Dec 6, 2004
Bumbung ohhh Bumbung…


Dari dulu hingga kini…
Dari perasaan biasa hingga ke perasaan rindu ini…
Ku melihatmu…
Biarpun tak dapat melihat dirimu…
Asalkan dapat melihat bumbung rumahmu…
Hilang perasaan rinduku ini…
Tapi kini…
Dirimu telah menjadi hak milik orang lain…
Walaupun bumbung rumahmu masih dapat kulihat…
Tapi ia tak seperti dulu lagi…
Aku tak bisa menaruh harapan lagi…
Semuanya telah hancur musnah berkecai…
Hanya pada-Mu tempat ku mengadu dan berserah segalanya…


Aku
0750 pagi (Isnin)
061204

Posted at 06:54 am by vitagen
Comments (1)  

Oct 22, 2004
PURPLE TIGER??????????





You are Purple Tiger, who is always cheerful and active.
You are well-liked by every one.
You give an impression of a girl with pure heart.
You are kind and generous to everyone around you.
You are rather optimistic, but may experience unsettlement by physical effect.
You are good at taking care of the others and can be friend with anybody.
Your relationship tends to be associating closely with small number of people, and that number increases eventually.
The way you express things may be too flashy and exaggerated.
You tend to have too self-conscious side.
But you are a hard working person who act and move in your own pace surely and consistently.
Your observation and ways of thinking is calm and objective.
You don't get influenced by emotions and atmosphere.
You are calculative enough to measure the distance between yourself and the other person.
You also possess your own ideal world, and trying to accomplish it too hastily may lead to misunderstandings.
Nevertheless, the way you pursue your potentiality gives a favorable impression to others.
Once married, you will show great motherly feelings.
You will create a living style that takes in account your personal interests.




Posted at 05:44 pm by vitagen
Make a comment  

Oct 20, 2004
PANTUN UNTUK SEMUA


Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang


Posted at 08:01 am by vitagen
Make a comment  

Oct 19, 2004
peribahasa

peribahasa baru


Peribahasa: Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Maknernyer: Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje.

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak dia
hinggap.
Maknernyer: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia
gerenti start balik punyer.

Peribahasa: Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan
Olimpik.
Maknernyee : Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu selalunya tak
bagus

Peribahasa: Biar putih tulang jgn putih muker.
Maknernyee: Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi
Mat Salleh plak......be proud of what you are.

Peribahasa: Seperti mencurah air ke jamban tersumbat.
Maknernyer: Kalau dah beribu kali flush itu bender tak clear
jugak.....pergi panggil plumber lah.....or....kacau sampai hancur and try
flushing again, another way is to kutip satu-satu dan buang tempat
lain.(Eeee..... GELI)

Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknernyer: Ada orang kentotlah tu...

Peribahasa: Seperti kacang luperkan mama.
Maknernyer: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg
muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknernyer: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check
betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke....kat tengah ke...tengah
baring ke.

Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknernyer: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak.....btol tak?

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano
Maknernyer: Nasib malang yg tak agak-agak.

Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.
Maknernyer: . . . . maknernyer, . . . maknernyer,
jgn nak tersengeh-sengeh kat depan PC... pi buat kerja

Posted at 08:09 am by vitagen
Comments (4)  

Next Page